Current Date:  Saturday 24th September 2016

Apa itu skim VSS, MSS dan Retrenchment dari majikan?

Majikan dan Pekerja, apa yang kita perlu tahu?

Sekarang kita sedang mengalami kegawatan ekonomi yang mana aku rasa lebih parah berbanding zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu. Oleh sebab kegawatan ekonomi yang agak parah, banyak syarikat yang mana seolah-olah tidak dapat survive. Ramai pekerja hilang pekerjaan. Tapi tahukan anda, syarikat tidak boleh buang pekerja mereka sesuka hati tanpa bayaran pampasan tertentu. Kecuali dibuang kerana tindakan tatatertib.
(more…)

Ditulis pada 11 January '16 oleh | Under Bisnes, Semasa | No Comments | 1889 Views

TNB, Kerajaan Dan Dot Dot Dot . . .

Ini pandangan peribadi, yang aku perasan TNB ni asyik jadi ‘mangsa’ saja. Mari aku ungkit isu sejak 2013(tak perlu imbas sampai 1993, kita boleh baca buku Allahyarham TS Ani Arope, tokoh besar rakyat & korporat):

1. Bila tarif elektrik naik, menteri naif salahkan TNB. Kata jangan asyik nak untungkan pemegang saham, kena fikir kebajikan rakyat. Padahal tarif naik tu kesan daripada kos bahan api yang naik, yang disebabkan dasar Kerajaan yang kurangkan subsidi bahan api.

2. Bila harga minyak dunia turun, menteri naif cuba lagi nak salahkan TNB katanya tak nak turunkan tarif elektrik. Padahal yang semak tarif tu kerja Kerajaan, yang meluluskan tarif turun tu kuasa pada Kerajaan.

3. Bila umum projek loji janaelektrik baru, Project 3B(Jimah East). TNB masuk bidaan. Kerajaan tak bagi TNB, bagi ke 1MDB, TNB tak dapat. Bila 1MDB tak mampu, siapa ambil Projek 3B, TNB.

(more…)

Ditulis pada 30 November '15 oleh | Under Bisnes, Politik, Semasa | No Comments | 675 Views

Festival Belia Negara – Tanda Kehancuran Belia Malaysia

Assalamualaikum. 

Lama aku tidak menaip untuk entri dalam blog ni. Festival Belia Negara, mungkin ramai yang dah maklum tentang event anjuran KBS @ Kementrian Belia Dan Sukan baru-baru ini diadakan di Putrajaya. 

Pada mulanya, aku agak teruja untuk ke Festival Belia Negara tersebut, mungkin kerana adanya Belia Negara Youth Job Fair. Apa yang aku bayangkan, akan datang ramai belia, pemuda pemudi, mahasiswa mahasiswi untuk cari peluang kerjaya mereka. 

Pada hari pertama Festival Belia Negara tersebut, tidak ramai yang datang. Mungkin juga kerana hari tersebut bukan hari cuti kot. Pada hari kedua Festival Belia Negara berlangsung, aku dapat lihat ramai belia yang datang. Perasaan gembira muncul dalam hati aku kerana aku anggap akan ada diantara mereka akan dapat kerja. Festival Belia Negara sebagai medium untuk belia-belia yang sedang mencari peluang pekerjaan. (more…)

Ditulis pada 25 May '15 oleh | Under Personal | No Comments | 1083 Views

Konsep Asas Berkongsi Smart Card TV Satellite Berbayar

smartcard-sharing

Kebelakangan ini, rata-rata orang akan terbayang Astro bila sebut tentang “Smart Card TV Sharing” ni. Mungkin kerana penggunaan dekoder seperti SkyboxOpenboxDreambox dan bermacam-macam lagi yang digunakan untuk berkongsi Smart Card TV Satellite berbayar.

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa dekoder-dekoder ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan siaran TV Satellite selain dari Astro yang menggunakan Measat. Dengan menggunakan Dish yang lebih besar dan alihkan kearah satellite lain, ianya boleh dapatkan siaran TV satellite Free To Air atau siaran berbayar yang lain. Sebagai contoh, kamu alihkan Dish kearah satellite Palapa, kamu akan dapat siaran percuma dari Indonesia kebanyakan’nya. Jika kamu alihkan satellite kearah satellite Thaicom5 kamu akan dapat siaran percuma dari Thailand dan banyak lagi satellite yang kamu boleh ‘scan’ untuk dapatkan siaran TV. (more…)

Ditulis pada 23 January '15 oleh | Under Sembang IT, Teknologi | 1 Comment | 4681 Views

Kedai Online Termurah HF Beauty Shop

Instagram HF Beauty ShopKedai online termurah HF Beauty Shop? Ya, jika anda membeli produk kosmetik di kedai online HF Beauty Shop anda akan dapati harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding yang lain. 

Kedai online HF Beauty Shop menjual pelbagai produk kecantikan seperti Now Food, E.L.F Makeup, Red Clay, Julep Masque, Collagen, NYX Lip Gloss dan bermacam-macam lagi. Yang penting produk yang dijual di kedai online HF Beauty Shop adalah ORIGINAL. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya kedai online HF Beauty Shop ni berdaftar ke? Kedai online HF Beauty Shop adalah sebuah perniagaan yang berdaftar dengan SSM. Boleh rujuk nombor pendaftaran perniagaan CT0031648-T di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jadi tak perlu ragu dengan kedai online HF Beauty Shop ni ye. (more…)

Ditulis pada 7 January '15 oleh | Under Kedai Online | No Comments | 1784 Views